2 Februari 2025 – Mrs International World Malaysia dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan program bantuan kemanusiaan ‘Kindness Basket’ bagi membantu komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Ulu Batu, Ulu Yam serta Setinggan Jalan Bachang, Kg Sg Tua, Selangor.
Program ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada lebih 80 penerima, yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Inisiatif ini dimulakan dengan sesi pembungkusan di pusat Pengumpulan dan pengedaran Yayasan Food Bank Malaysia sebelum pasukan bergerak ke lokasi agihan.
Terima kasih kepada Mrs International World Malaysia, sukarelawan, dan pasukan Yayasan Food Bank Malaysia yang telah menyumbangkan tenaga dan usaha dalam menjayakan program ini. Turut sama dihargai adalah Dunkin’ ( Malaysia ) atas sumbangan 200 biji donut, bagi memeriahkan lagi agihan kepada penerima. Semoga jalinan kerjasama ini memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Berpakat Bantu Masyarakat!