23 Nov 2024 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) hadir bagi Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.Seramai 150 penerima telah menerima manfaat kotak asas makanan pada program kali ini.
Program ini telah rasmikan oleh YABHG. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail, Isteri Perdana Menteri Malaysia, dan turut dihadiri, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Food Bank Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Bin Halid, AJK Tempatan dan kakitangan YFBM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur, ajk, sukarelawan dan kakitangan YFBM . Semoga kerjasama ini dapat meringankan beban para penerima.
Berpakat Bantu Masyarakat.
———————-
Untuk maklumat lanjut, layari www.yfbm.org atau hubungi kami di info@yfbm.org.
Ikuti kami di YouTube, TikTok, Instagram, dan Facebook untuk perkembangan terkini.