BANTUAN TENGKUJUH SUSUR PULAU YFBM 2024 BERSAMA YAYASAN TAQWA – MAIWP DI PULAU PEMANGGIL, PULAU AUR DAN PULAU TINGGI, JOHOR

  • Post author:
  • Reading time:9 mins read
28-29 Oktober 2024 – Setelah dua tahun, program Bantuan Tengkujuh Susur Pulau Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) kembali dengan kerjasama penyumbang utama, Yayasan Taqwa – MAIWP. Program ini telah berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober 2024 di tiga lokasi iaitu Pulau Pemanggil, Pulau Aur, dan Pulau Tinggi di Mersing, Johor.
 
Program Bantuan Tengkujuh Susur Pulau memfokuskan pemberian bekalan makanan asas untuk dua bulan dan kit kebersihan kepada keluarga nelayan pantai yang tinggal di pulau-pulau terpencil di sekitar Laut China Selatan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba.
 
Program ini diketuai oleh En. Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, dan Komander Maritim Suhaizan bin Saadin, Pengarah Zon Maritim Mersing yang juga Ketua Delegasi Maritim Mersing.
 
Pada hari pertama program, perjalanan bermula dari Jeti Tanjung Gemok ke persinggahan pertama di Pulau Pemanggil yang memakan masa hampir empat jam. Di sini, seramai 17 ketua isi rumah menerima sumbangan.
 
Perjalanan diteruskan selama dua jam lagi ke destinasi kedua, Pulau Aur, di mana 31 ketua isi rumah menerima sumbangan. Sukarelawan YFBM juga turut bergotong-royong bersama penduduk kampung menyediakan juadah makan malam untuk sekampung.
 
Pada hari kedua program, perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir iaitu Pulau Tinggi, yang memakan masa hampir tiga jam dari Pulau Aur.
 
Di Pulau Tinggi, seramai 58 ketua isi rumah menerima sumbangan. Sukarelawan YFBM sekali lagi bergotong-royong bersama penduduk di sini untuk menyediakan juadah makan tengah hari untuk seluruh kampung.
 
1/2
 

Donate Now

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE