Misi Bantuan Kecemasan Banjir - Fasa 1

Banjir yang melanda di beberapa buah negeri telah menjejaskan kehidupan puluhan ribu mangsa. Justeru itu, Misi Bantuan Kecemasan Banjir adalah inisiatif Civil Defence Auxiliary – Emergency Response Team Yayasan Food Bank Malaysia (CDA-ERT YFBM) dalam mengagihkan bantuan segera kepada mangsa banjir di kawasan terkesan. Situasi ini memerlukan tindakan segera untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan mereka tidak terjejas teruk. Objektif dan aktiviti utama bagi misi ini adalah:

  1. Mengagihkan bantuan segera seperti pek makanan sedia dimakan (RTE)
    kit kebersihan dan keperluan perubatan.

  2. Menyediakan makanan bermasak menggunakan fasiliti ‘Mobile Kitchen YFBM’.

  3. Mengumpul data mangsa banjir untuk bantuan susulan.

  4. Memulihkan harapan mangsa melalui sokongan fizikal dan moral ketika ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

  5. Menggalakan solidariti masyarakat dalam membantu mangsa banjir.

Misi Bantuan Kecemasan Banjir akan dijalankan secara berperingkat untuk memastikan keperluan mangsa dipenuhi dari peringkat awal hingga pemulihan sepenuhnya.
Fasa 1 (RM 20,000) menyediakan bantuan segera seperti pek makanan sedia dimakan (RTE), keperluan perubatan, dan kit kebersihan dalam tempoh dua minggu pertama di kawasan terjejas. Fasa 2 (RM 30,000) melibatkan sokongan berterusan, termasuk keperluan perubatan, kit kebersihan, dan pakaian sepanjang dua bulan berikutnya.
Fasa 3 (RM 50,000) memberi fokus kepada pemulihan awal melalui kerja-kerja pembersihan rumah, penggantian kelengkapan asas, dan bantuan pendidikan.
Fasa 4 (RM 100,000) menumpukan kepada pemulihan pasca banjir seperti pembaikan rumah, penggantian perabot, bantuan modal, dan sokongan psikososial. Pendekatan ini dirancang dengan teliti untuk memastikan kehidupan mangsa dapat dipulihkan dan mereka mampu bangkit semula dengan semangat baharu.

Misi ini memerlukan sokongan semua pihak untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang amat memerlukan. Komitmen dan kerjasama yang diberikan akan membawa sinar harapan kepada mangsa yang terkesan. Berpakat Bantu Masyarakat!

TABUNG MISI BANTUAN KECEMASAN BANJIR

JUMLAH RINGGIT MALAYSIA (RM) YANG TERKUMPUL

150000
Jumlah Kutipan Terkumpul 11.2%

TARGET

RM 20,000.00

NO. DONORS

38

IKUTI PERKEMBANGAN KAMI & INFO TERKINI DI PLATFORM MEDIA SOSIAL YFBM