7 Ogos 2024 – Hari ini, program ke-14 penyerahan bakul makanan Food Bank Lestari – Misi Bantuan Kemanusiaan MAIWP Prihatin 2024 telah berlangsung di Surau Madrasah Al Khairiah, Salak Selatan. Seramai 150 penerima dari PPR Salak Selatan telah menerima sumbangan bakul makanan dan set kebersihan diri pada program kali ini.
Program ini merupakan kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada program ini adalah hasil daripada kutipan zakat, dengan sasaran penerima adalah golongan asnaf yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir ke program hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, En. Johan Halid.
Program Food Bank Lestari – Misi Bantuan Kemanusiaan MAIWP Prihatin 2024 akan diteruskan lagi ke 17 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan sepanjang tahun ini.