4 April 2024 – Fonterra Brands Malaysia kembali berkolaborasi bersama Yayasan Food Bank Malaysia dalam program Bubur Lambuk dan Serahan Pek Barakah Ramadan di Masjid Hidayatul Muttaqin, Kg. Bukit Lanchong, Shah Alam.
Pada program itu, sebanyak 600 pek bubur lambuk dan pek Barakah Ramadan Fonterra yang mengandungi susu tepung Fernleaf telah diagihkan kepada penerima dari sekitar Kg. Bukit Lanchong. Lebih menarik, bubur lambuk kali ini juga dimasak menggunakan susu tepung Fernleaf untuk menggantikan santan bagi menjadikan makanan lebih berkhasiat.
Turut hadir pada program ini ialah Mr. Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura, Pn. Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik dan Pematuhan Fonterra Brands Malaysia dan En. Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM.
Terima kasih kepada Fonterra Brands Malaysia atas kerjasama ini. Semoga usaha ini dapat terus memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat!
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE