21 Mac 2024 – Hari ini telah berlangsungnya Program Bubur Lambuk Riang Ria Ramadan Raya Dunkin’ Malaysia bersama Yayasan Food Bank Malaysia bertempat di Pusat Pengumpulan dan Pengagihan YFBM, Kajang, Selangor.
Program ini merupakan kolaborasi antara YFBM bersama Dunkin’ Malaysia dibawah kempen Riang Ria Ramadan Raya Dunkin yang sedang berlangsung dari 12 Mac sehingga 10 April 2024.
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail, Isteri Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafudin Idris Shah, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Food Bank Malaysia, Yang Setia Penolong Pesuruhjaya ( Pertahanan Awam) Ghazali Bin Abd Rahman, Pengarah APM Selangor dan Encik Peter Yu, Pengarah Urusan Golden Donuts Sdn Bhd.
Sebanyak 1,500 bubur lambuk telah diagihkan di beberapa buah lokasi terpilih, antaranya MRT Ampang Park, IPD Kajang, Balai Bomba Kajang, Dunkin’ Metro Point Kajang, Dunkin’ Putrajaya Sentral, UKM Bangi, Taman Impian Ehsan, APM Hulu Langat, APM Selangor, Balai Bomba Bangi, Balai Polis Bangi, dan Balai Polis Bandar Seri Putrajaya.
Ucapan terima kasih kepada sukarelawan daripada NGO-NGO dan agensi-agensi yang terlibat dalam membantu menyediakan bubur lambuk dan mengagihkannya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dunkin’ Malaysia. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat!
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE