17 Feb 2024 – Program Aglomerasi Pulau Tuba yang merupakan program kerjasama antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Pulau Tuba, Langkawi.
Pada hari kedua program, sejumlah 170 set makanan asas telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Pulau Tuba. Agihan pada kali ini dibahagikan kepada dua lokasi yang berbeza.
Agihan pertama telah dilakukan di Masjid Lubuk Chempedak, Pulau Tuba. Sebanyak 70 set makanan asas telah diagihkan kepada penerima manakala lokasi kedua pula adalah di Tuba Street dan 100 set makanan asas telah diagihkan kepada penduduk sekitar.
Program ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid dan Ketua Pusat Permodelan & Analisis Data (DELTA) UKM, Prof. Madya Dr. Zainol bin Mustafa.
Semoga ukhwah dan kerjasama ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat.
2/2
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE