Pihak YFBM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, En. Johan Halid telah dijemput menghadiri Program Siswi Helping Kit anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Persada FST, UKM Bangi.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Prasiswazah, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Aida. Turut berlangsung pada program ini ialah ceramah tentang kesihatan wanita oleh Dr Nurul Wahidah dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Program ini diadakan sempena Minggu Kesihatan Wanita Kebangsaan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswi di FST tentang kesihatan dan kebersihan wanita.
Program ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan mahasiswi di FST dengan meletakkan kit penjagaan diri di tandas-tandas wanita yang terdapat di seluruh bangunan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Antara barang sumbangan dari pihak YFBM adalah syampu, sabun mandian, hand sanitizer dan berus gigi.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa akan datang dan memberi manfaat kepada para mahasiswi di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Berpakat Bantu Masyarakat.
#yfbm
Share our story!
Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
More Post..

PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA 2026 DI SURAU AL HIJRIAH PPR SRI AMAN
13 Mei 2026 — Kerjasama antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP

SESAMA MARA BOX OF HOPE AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
22 JUN 2024 – Program Sesama Mara Box of Hope Air Selangor, Village Grocer dan YFBM diteruskan lagi di, Pangsapuri Putra Damai, Presint 11, Putrajaya.

Selamat Hari Bapa 2023
Selamat Hari Bapa Ikhlas daripada kami, seluruh warga Yayasan Food Bank Malaysia Berpakat Bantu Masyarakat #YFBM Share our story! Lend your Help! Every RM5 You
