YFBM dan L’Oreal Malaysia telah berkolaberasi untuk menyantuni anak-anak yatim dan miskin daripada tiga buah rumah kebajikan terpilih di sekitar Selangor. Rumah kebajikan yang terlibat ialah Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia Sungai Kantan, Rumah Anak Yatim & Miskin Sri Kundang dan Pondok Mahfuzah Batang Kali yang berjumlah 123 orang anak-anak yatim dan miskin.
Program ini turut dihadiri oleh Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia dan Mr Thomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia-Singapura.
Kami membawa anak-anak terpilih ini membeli-belah di Mydin Mall USJ1, Subang Jaya sebagai persediaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Anak-anak ini diberi peluang untuk memilih sendiri barangan raya yang diinginkan seperti baju Melayu, baju kurung, kasut dan barang keperluan raya yang lain sambil ditemani oleh para sukarelawan daripada L’Oreal Malaysia.
Selain itu, anak-anak ini juga turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak L’Oreal Malaysia.
Usai membeli-belah, kami menyertai anak-anak ini untuk berbuka puasa bersama mereka sebagai penutup program untuk hari semalam.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terutamanya kepada L’Oreal Malaysia yang menjadi penyumbang utama untuk menyempurnakan raya anak-anak ini.
BERPAKAT BANTU MASYARAKAT 
Share our story!
More Post..

MEMBELI-BELAH RAYA BERSAMA KANAK-KANAK PONDOK MAHFUZAH, BATANG KALI
afiq_yfbm_admin
March 13, 2025
13 Mac 2025 – Kegembiraan menyambut Syawal lebih bermakna buat 24 orang anak-anak Pondok Mahfuzah, Batang Kali, Selangor hari ini apabila mereka berpeluang memilih sendiri

SELAMAT HARI PEKERJA
afiq_yfbm_admin
May 1, 2025
Di Yayasan Food Bank Malaysia, kami menghargai usaha para pekerja yang menjadi tulang belakang masyarakat. Sempena Hari Pekerja ini, kami terus komited menyelamatkan makanan lebihan

FOOD BANK KASIH – RAMADAN KAREEM 2025 BERSAMA PERSATUAN VETERAN TENTERA TIDAK BERPENCEN MALAYSIA DI KEMUNTING, PERAK
afiq_yfbm_admin
March 16, 2025
16 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan Food Bank Kasih – Ramadan Kareem 2025 di Kemunting, Perak, dengan kerjasama Persatuan Veteran
