Misi Bantuan Pasca Banjir di Kelantan kini bergerak ke Fasa 4 yang dijalankan di Tumpat, Kelantan. Misi kali ini, YFBM bekerjasama dengan APM Negeri Kelantan (Tumpat & Gua Musang) untuk melaksanakan sesi pengagihan ke 10 penerima yang terpilih.
10 penerima bantuan kali ini terdiri daripada beberapa buah kampung di Mukim Kelaboran & Mukim Kedai Geting iaitu :
i. Kg. Kelaboran
ii. Kg. Kok Kebit
iii. Kg. Pengkalan Nangka
iv. Kg. Geting Raja
v. Kg. Pantai Geting
vi. Kg. Geting
Misi kali ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan Lt. Kol (PA) Mohd Zulkhairi Bin Shamsuddin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tumpat Leftenan (PA) Mohd Fuad Bin Ismail, Penggawa Mukim, Tok Penghulu Kampung dan Anggota APM.
Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Malaysia Kelantan yang sentiasa komited dalam memberikan kerjasama sepanjang berjalannya Misi Bantuan Pasca Banjir di Kelantan ini.
Berpakat kita Bantu Masyarakat 
More Post..

[KEMBARA MERDEKA 65] – Edisi Hari Malaysia 2022
hasriq_yfbm_admin
September 18, 2022
MASJID AL- FITRAH KG. BANTING, JALAN BUMI HIJAU, SABAK BERNAM, SELANGOR MASJID JAMEK AL-TUQO, KG SG SIREH, TANJONG KARANG, SELANGOR DEWAN ORANG RAMAI BESTARI JAYA,

KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH APM NEGERI SELANGOR KEPADA PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YFBM
afiq_yfbm_admin
March 4, 2024
4 Mac 2024 – Pengarah APM Negeri Selangor, YS PPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman telah melakukan Kunjungan Hormat kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan

KEMBARA MERDEKA 68 – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA RPG COMMERCE
afiq_yfbm_admin
August 23, 2025
KEMBARA MERDEKA 68 – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA RPG COMMERCE 23 Ogos 2025 – Program Kembara Merdeka 68 bersama RPG Commerce telah berlangsung di Kampung
