Food Bank Relief CIMB Foundation diteruskan lagi di jajaran Inas, Negeri Sembilan.
Serahan kali ini diserahkan oleh DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan kepada 150 penerima yang layak.
Turut disertai, Puan Sharifah Salwa, Pengurus CIMB Bank cawangan Bahau dan pasukannya untuk membantu misi kali ini.
Tidak dilupakan juga kepada NGO Al Baasith yang komited dan cemerlang dalam menguruskan kelancaran misi kali ini.
Penerima kali ini terdiri daripada penoreh getah dan asnaf yang terjejas pendapatannya akibat musim Tengkujuh.
Untuk pengetahuan anda, penaja utama CIMB Foundation telah menaja Food Bank Relief CIMB Foundation dengan menyediakan set bag bekalan makanan asas, beras 10kg, minyak masak 5kg dan set penjagaan kebersihan diri kepada 800 penerima yang layak di Negeri Sembilan.
Ikuti perkembangan daripada kami untuk misi Food Bank Relief CIMB Foundation ini untuk kawasan agihan seterusnya.
Berpakat Bantu Masyarakat
More Post..

PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA 2026 DI SURAU NURUL HIDAYAH, KUCHAI ENTREPRENEUR PARK
afiq_yfbm_admin
August 27, 2026
27 Ogos 2026 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meneruskan kolaborasi bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP 2026.

RAMADAN KAREEM DARI YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
afiq_yfbm_admin
March 1, 2025
Bulan Ramadan kembali menjelang, membawa keberkatan, kesyukuran, dan peluang untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Di Yayasan Food Bank Malaysia, kami terus berusaha memastikan

PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025
afiq_yfbm_admin
October 23, 2025
23 Oktober 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di
