KAJANG > GERIK > PULAU TUJUH > SEMELOR > RPS DALA > ULU LAWIN (Hari Pertama)
Bermula dari Kajang, kami bergerak ke Gerik untuk memulakan misi Jelajah Tengkujuh Perak 2022 yang pertama. Sasaran utama bantuan kemanusiaan Yayasan Food Bank Malaysia dalam program jelajah tengkukuh, adalah dari kalangan penoreh getah, nelayan, petani dan Orang Asli. Komuniti inilah antara yang paling terkesan kehidupan mereka apabila tiba musim tengkujuh. Tidak dapat bekerja, tiada pendapatan dan terputus bekalan makanan.
Perjalanan misi kali ini agak mencabar dimana kami perlu masuk kedalam kampung dengan menggunakan lebih kurang 10 kenderaan 4×4 disebabkan jalan yang tidak rata, ditemani hujan yang kadang menyukarkan lagi perjalanan kami untuk menghantar terus bantuan bekalan makanan ini kepada penerima. Lokasi yang terlibat merupakan Pulau 7, Kg Semelor, Bukit Nangka, Bukit Ladoy, Sg Urat, Sg Untung 5, Sg Untung 9 dan Tokong.
Misi Jelajah Tengkujuh Perak kali ini, CIMB Foundation menjadi penyumbang utama. Cimb Foundation telah menaja kotak makanan dan beras 10kg yang berjumlah sebanyak 512 set. Selain itu, Mr DIY turut menyumbang pek kebersihan diri untuk penerima. Kami mendapat kerjasama yang baik daripada Tok Batin atau Ketua Kampung bagi setiap kawasan untuk memudahkan sesi penyerahan sumbangan.
Misi kali ini tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Terima kasih kami ucapkan. Berpakat kita Bantu Masyarakat.
Misi kali ini tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Terima kasih kami ucapkan.
Berpakat kita Bantu Masyarakat.
More Post..

FOOD BANK RELIEF – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN YFBM BERSAMA APM BALING
12 Mei 2024 – Hari ini telah berlangsung program Food Bank Relief – Misi Bantuan Kemanusiaan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Angkatan Pertahanan Awam

SESI PEMBUNGKUSAN 300 BEG BERSAMA ETIKA SDN BHD
17 Ogos 2026 – Telah berlangsung sesi pembungkusan barangan bantuan bagi kempen Kembara Merdeka 69 di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM)

Sesama Mara, Box Of Hope di Pangsapuri Perepat Indah Kapar.
Terima kasih Air Selangor dan Village Grocer atas sumbangan berterusan makanan penting untuk waris kami. Sebanyak 120 kotak makanan telah dihantar kepada keluarga B40 di
