Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya:
1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong. (100 pek beras 10kg, 480kg Gula, Ikan masin, susu kanak kanak, pampers, pad wanita, biskut, 50 karton air mineral, minuman 3in1, roti dan lain lain)
2. Selain itu, sukarelawan kami juga telah menyumbang tenaga dengan membantu pembersihan rumah orang kampung (Bukit Lanchong) yang terkesan kerana banjir.
Sekalung penghargaan kepada penyumbang individu dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana bantuan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: monsoon21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

PERBINCANGAN STRATEGIK BERSAMA UiTM JENGKA
afiq_yfbm_admin
May 20, 2025
20 Mei 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menghadiri sesi perbincangan bersama pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka. Pertemuan

[KEMBARA MERDEKA 65] Fasa 2 – Jajaran Johor di Kg Layang Layang, Simpang Renggam
hasriq_yfbm_admin
August 27, 2022
LOKASI KE 3 : KEMBARA MERDEKA 65 JAJARAN JOHOR DI KAMPUNG LAYANG-LAYANG SIMPANG RENGGAM Untuk edisi kali ini, Team YFBM diketuai oleh En Johan Halid,

JELAJAH MERDEKA 64 | KEDAH & PERLIS
hasriq_yfbm_admin
September 6, 2021
https://www.youtube.com/watch?v=oLZXTL_t9LIYayasan Food Bank Malaysia (YFBM) together with other Non-Governmental Organization (NGO) partners namely Sahabat Jariah Malaysia (SJM), Yayasan Yara (YARA), and Pertubuhan Kebajikan Sedulur (SEDULUR)