Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya:
1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong. (100 pek beras 10kg, 480kg Gula, Ikan masin, susu kanak kanak, pampers, pad wanita, biskut, 50 karton air mineral, minuman 3in1, roti dan lain lain)
2. Selain itu, sukarelawan kami juga telah menyumbang tenaga dengan membantu pembersihan rumah orang kampung (Bukit Lanchong) yang terkesan kerana banjir.
Sekalung penghargaan kepada penyumbang individu dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana bantuan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: monsoon21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

Meraikan Anak Anak Yatim di Perasmian Frosty Wang-derland | Sungei Wang Plaza
hasriq_yfbm_admin
December 6, 2022
Frosty Wang-derland! Yayasan Food Bank Malaysia dengan kerjasama Sungei Wang Plaza hari ini meraikan anak anak daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary sempena Frosty Wang-derland.

YFBM MENTERAI MOU BERSAMA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
afiq_yfbm_admin
January 11, 2024
11 Jan 2024 – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Yayasan Food Bank Malaysia Bersama Rakan Kolaborasi Universiti Kebangsaan Malaysia.Pemeteraian MOU ini melambangkan komitmen

UCAPAN TAHNIAH, SELAMAT PENGANTIN BAHARU IRINGI RAJA MUDA SELANGOR SEMPENA ISTIADAT PERNIKAHAN
afiq_yfbm_admin
October 2, 2025
Seluruh warga kerja Yayasan Food Bank Malaysia merafak sembah dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku
