Misi ‘Zero Hunger’ Di Kemaman oleh YFBM

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read
25 September 2021 – Demi melaksanakan misi ‘Zero Hunger’, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah berkunjung ke Kemaman, Terengganu bagi mengagihkan kira-kira 300 pek bekalan makanan asas di Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam dan Felda Neram Satu.
 
Misi ini telah mendapat kerjasama dari Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) dan Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta dari rakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu PERKIM Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Terengganu dan Pertubuhan Kebajikan Sedulur (SEDULUR).
 
YFBM mengucapkan terima kasih kepada Amgen Biopharmaceuticals kerana tampil untuk bekerjasama dan menyumbang kepada YFBM.
Sumbangan kali ini membabitkan dua kampung di Kemaman, Terengganu.
 
Sekurang-kurangnya 300 buah keluarga dapat dibantu melalui misi kali ini dengan nilai sumbangan hampir mencecah RM30,000. Sumbangan adalah berbentuk barangan makanan dan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya.