YFBM Teroka Kerjasama Strategik Bersama MAIWP Perkukuh Bantuan Komuniti

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA KE ATAS MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

17 Disember  2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak.

Pertemuan ini dihadiri oleh , Ahmad Saifuddin Bin Hj Md Tahir, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Puan Wan Maizatun Wan Bin Wan Hassan, Timbalan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Encik Johan Bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, serta barisan pengurusan MAIWP dan warga YFBM. Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kolaborasi dalam program bantuan sosial dan kemasyarakatan kepada komuniti yang memerlukan.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP atas sambutan mesra dan keterbukaan untuk perbincangan dalam berkerjasama. Semoga hubungan ini menjadi asas kepada pelaksanaan inisiatif bersama demi kebajikan rakyat.

@MAIWP

Berpakat Bantu Masyarakat!

DONATE