YFBM Sertai Konvensyen Food Bank Malaysia 2025 Anjuran KPDN: Memperkasa Operasi & Hala Tuju Bank Makanan Negara

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

KONVENSYEN FOOD BANK MALAYSIA 2025

8 Disember 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berbesar hati kerana dapat menyertai Konvensyen Food Bank Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Konvensyen ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju dan transformasi sistem bank makanan negara, khususnya dalam usaha memperkukuh operasi, dasar, dan jaringan kerjasama strategik.

Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid, turut dijemput sebagai penceramah pada sesi hari pertama bagi topik “Mendepani Krisis: Strategi Melalui Pengurusan Efektif Bank Makanan di Malaysia” dan juga telah berkhidmat sebagai moderator untuk panel bagi topik “Kelangsungan Inisiatif Bank Makanan di Malaysia: Peranan dan Komitmen Pengilang serta Pembekal”. Perkongsian tersebut menyentuh isu keberkesanan pengurusan bank makanan (food bank) serta kepentingan inovasi dalam memperkasa bantuan makanan dan peranan food bank.

Kami merakamkan penghargaan kepada KPDN atas penganjuran konvensyen yang amat berjaya ini, serta mengucapkan terima kasih kepada semua peserta, pemain industri, organisasi masyarakat sivil, dan rakan kerjasama yang telah menyumbang kepada perbincangan bermakna sepanjang hari pertama. Komitmen serta penyertaan aktif setiap pihak menjadi asas kepada usaha bersama dalam memperkukuh sistem bank makanan negara demi manfaat masyarakat.

@kpdnhep

Berpakat Bantu Masyarakat.

DONATE