SANTUNI RAKAN JALANAN DI KOTARAYA KUALA LUMPUR BERSAMA SANGGAR SURI
10 Julai 2025 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama NGO Sanggar Suri telah turun padang untuk menyantuni rakan jalanan di sekitar kotaraya Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan mencari serta mendekati rakan jalanan yang memerlukan bantuan, sambil mengagihkan bantuan makanan bagi meringankan beban mereka. Kehadiran sukarelawan amat membantu melancarkan keseluruhan aktiviti pada malam tersebut.
Terima kasih kepada Sanggar Suri dan semua yang terlibat atas sokongan dan keprihatinan. Semoga inisiatif seperti ini terus menyemai rasa kasih, hormat dan prihatin dalam masyarakat kita.
Berpakat Bantu Masyarakat.