WOMEN ECONOMIC FORUM ASEAN 2025

  • Post author:
  • Reading time:9 mins read
20 Jun 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Johan Halid telah dijemput sebagai panel speaker dalam sesi Round Table 6 bertajuk “Beyond Conventional: How Boss Ladies are Using Creative Strategies to Transform the Sheconomy”. Sesi ini berlangsung di Dewan Perdana, MITI, sempena forum yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin wanita dari pelbagai negara ASEAN dan antarabangsa.
 

Sebagai satu-satunya wakil lelaki dalam sesi ini, Encik Johan Halid berkongsi perspektif tentang kepimpinan inklusif serta usaha Yayasan Food Bank Malaysia dalam memperkasa komuniti melalui pendekatan strategik menangani isu kelaparan dan pembaziran makanan. Beliau turut menekankan pentingnya kolaborasi rentas sektor untuk mencipta impak yang mampan dalam pembangunan ekonomi sosial.

YFBM berbesar hati atas jemputan ini, yang selari dengan visi kami untuk membina masa depan yang lebih saksama dan berdaya tahan buat semua lapisan masyarakat. Semoga penyertaan ini membuka lebih banyak peluang kerjasama demi kesejahteraan bersama.

Berpakat Bantu Masyarakat.

Every donation will go to feed the right person.

DONATE