Kami di Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragis di Jalan Sungai Manik–Sungai Lampam, Teluk Intan. Kami juga mendoakan agar lapan anggota lain yang cedera segera sembuh dan diberi kekuatan menghadapi ujian ini.
Kami amat menghargai kerjasama erat yang telah terjalin antara Yayasan Food Bank Malaysia dan agensi-agensi penguatkuasaan dalam pelbagai program kemasyarakatan. Pengorbanan dan dedikasi anggota keselamatan seperti mereka sentiasa kami kenang dan hargai.
Semoga roh para wira negara ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kami mendoakan agar keluarga mangsa tabah dan diberi kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
HELP US