SUMBANGAN RM 200,000 KEPADA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:8 mins read

BPMB SUMBANG RM200,000 UNTUK MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PASCA BANJIR DI SABAH DAN SARAWAK TAHUN 2025

18 April 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menerima sumbangan korporat zakat sebanyak RM200,000 daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dalam satu majlis penyerahan ‘mock cheque’ yang berlangsung di ibu pejabat BPMB, Kuala Lumpur.

 
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Mohamed Nazri bin Omar selaku Interim Group CEO BPMB kepada Pengerusi YFBM, Y.A.M Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan disaksikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM, Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod serta Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid, Ketua Pegawai Sumber Manusia BPMB, Pn. Sainursalwa Sani, Ketua Bahagian Pengurusan Shariah Korporat BPMB, Pn. Noor Ain Mohd Amin.
 
Dana ini akan digunakan sepenuhnya bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan pasca banjir di Sabah & Sarawak, termasuk pengagihan bekalan makanan asas dan kelengkapan elektrik kepada mangsa yang terjejas. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pihak korporat, terutamanya melalui saluran zakat dapat membantu komuniti yang terkesan akibat bencana alam.
 
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BPMB atas sumbangan yang amat bermakna ini.
Berpakat Bantu Masyarakat!
 

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE