28 Februari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menerima kunjungan hormat daripada HELP University. Pertemuan ini membincangkan peluang kerjasama dalam memperkukuh inisiatif bantuan makanan serta menyokong komuniti yang memerlukan.
Sebagai tanda sokongan, HELP University turut menyumbang bagi bantuan kemanusiaan, membantu memastikan lebih ramai yang menerima manfaat daripada program bantuan makanan YFBM.
Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperluaskan jaringan bantuan dan mencipta impak yang lebih mampan. Terima kasih kepada HELP University atas kesudian melawat serta menyokong usaha ini.
Berpakat Bantu Masyarakat.