SUMBANGAN 100 KOTAK KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:10 mins read

MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI PDRM 2025

21 April 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah dijemput menghadiri Majlis Jamuan Raya Aidilfitri anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung penuh meriah bersama warga PDRM dan para jemputan.
Pada majlis ini, YFBM telah menyumbangkan sebanyak 100 kotak bantuan makanan asas sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat untuk negara serta Ibu Tunggal, Asnaf dan OKU di sekitar Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rasid, serta Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid, yang berkesempatan menyantuni para anggota, penerima, asnaf dan menyampaikan kotak makanan asas.

YFBM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PDRM atas jemputan serta kerjasama yang diberikan. Semoga sinergi ini dapat diteruskan dalam pelbagai usaha membantu masyarakat.

BERPAKAT BANTU MASYARAKAT.

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE