SUKU KAUM BATEQ

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read
Suku Kaum Bateq yang mendiami alur Sg. Keniam dalam Kawasan Taman Negara Kuala Tahan, Pahang perlu diberi lebih perhatian agar mereka tidak terus tertinggal dari arus tamadun kehidupan yang sewajarnya, terutama generasi baru.
 
Kami mula menyantuni mereka sejak 2019 dengan menerapkan dua aspek utama yang sangat penting supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Sungguh pun makanan yang bernutrisi juga sangat penting bagi komuniti ini, tetapi aspek penjagaan kesihatan dan pendidikan melangkaui aspek-aspek yang lain. Kini sudah mula nampak perubahan ketara ke arah yang lebih baik. Bukan sahaja meningkat dari segi kesihatan, pemakanan berkhasiat dan pendidikan, malah membenih pembudayaan baru yang lebih pragmati, Kegiatan nomad sudah hampir diberhentikan, cuma jika ada hanya sekadar riadah dalam waktu-waktu tertentu.
 
Bagi memastikan generasi baru terus berkembang maju, usaha ini perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Kita tidak mahu mereka kembali ke keadaan asal, terbiar tanpa perhatian dan tertinggal dari arus perdana, menjadi rakyat terpinggir dari kemajuan negara yang sudah merdeka hampir 67 tahun. Lebih 70% penduduk sudah memiliki Surat Beranak atau Kad Pengenalan dan 80% anak-anak hadiri kelas pengajian yang kami sediakan setiap minggu. Malah lebih dari 30 orang mula belajar di sekolah arus perdana yang berhampiran.
 
Kami sekadar badan bukan kerajaan (NGO), hingga kini sudah berbelanja hampir RM1 juta bagi menyantuni masyarakat ini hasil dari sumbangan orang ramai dan juga syarikat-syarikat korporat. Bagi meneruskan usaha ini, kami merayu sumbangan dari segenap lapisan masyarakat. Marilah kita sama-sama gembeling sumber, tenaga, kepakaran, keupayaan dan usaha bagi memajukan masyarakat ini supaya dapat berdiri sama tinggi dengan masyarakat perdana Malaysia.
 
 
Yayasan Food Bank Malaysia
Maybank
5660 1063 0584

Share our story!

Lend your Help!

Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need

Donate Now

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE