PROGRAM SUA MESRA KEMENTERIAN DALAM NEGERI DI BANDAR BAHARU, KEDAH
23 Ogos 2025 – Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diadakan di Dataran Bandar Baharu, Kedah.
Dalam program ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyumbangkan 100 bakul makanan kepada penerima manfaat di kawasan tersebut.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid.
Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada semua penerima dan terus membantu komuniti setempat.
@kementeriandalamnegeri
@malaysia_coastguard
Berpakat Bantu Masyarakat!