SETULUS KASIH RAMADAN BERSAMA DUNKIN’ : 150 KOTAK BANTUAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG SAWAH STESYEN, NEGERI SEMBILAN

  • Post author:
  • Reading time:7 mins read
28 Februari 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama dan sokongan daripada Dunkin’ Malaysia telah melaksanakan Program Setulus Kasih Ramadan Bersama Dunkin’ & Yayasan Food Bank Malaysia Tahun 2026 yang berlangsung di Sawah Stesyen, Rantau, Negeri Sembilan.
 
Melalui inisiatif ini, sebanyak 150 kotak bantuan penyediaan awal Syawal telah berjaya diagihkan kepada komuniti setempat sebagai usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan YFBM bersama rakan strategik korporat dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti serta memastikan keluarga B40 dapat menyambut Syawal dengan lebih ceria dan bermakna.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Dunkin’ Malaysia, para sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan serta seluruh warga kerja YFBM yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan dan usaha yang diberikan menjadi asbab keberkatan serta membawa kebaikan yang berpanjangan kepada semua pihak.
 
Berpakat Bantu Masyarakat.
 
#dunkinmy #yfbm #yayasanfoodbankmalaysia