17 Disember 2024 – Hari ini, berlangsung Sesi Pembungkusan Ready to Eat Food (RTEF) dan Sesi Serahan Ringkas Sumbangan Penaja-Penaja Program Bantuan Kecemasan Banjir kepada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM).
Kami berbesar hati menyambut ketibaan Pengerusi YFBM, Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafudin Idris Shah, yang turut hadir memeriahkan sesi pembungkusan RTEF untuk 3,000 penerima.
Majlis ini juga menyaksikan gimik serahan sumbangan oleh penaja utama , Tabung Haji, Jantzen ( Jant Marketing Sdn Bhd ), dan etikagroup_my ( Etika Beverages Sdn Bhd ). Turut diadakan adalah ucapan penghargaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid.
Terima kasih kepada semua penaja, agensi, sukarelawan dan pihak yang terlibat atas usaha menjayakan program bantuan kecemasan banjir ini. Bersama kita terus membantu mereka yang memerlukan!
Berpakat Bantu Masyarakat!
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE