30 – 31 Oktober 2025 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menjalankan sesi pembungkusan bagi Program Kembara Tengkujuh 2025 bersama TikTok Malaysia dan Goodera di Pusat Pengedaran dan Pembungkusan YFBM. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bantuan awal bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda beberapa kawasan di Malaysia.
Sepanjang dua hari sesi pembungkusan berlangsung, para sukarelawan daripada TikTok Malaysia berganding bahu menyiapkan sebanyak 400 beg bantuan makanan untuk komuniti Orang Asli di Gerik, Perak yang terkesan dengan musim tengkujuh, serta 700 kotak bantuan bagi golongan asnaf di Lembah Klang. Setiap bantuan mengandungi barangan keperluan asas bagi meringankan beban mereka yang terjejas.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TikTok Malaysia dan Goodera atas semangat kesukarelawanan serta komitmen dalam membantu komuniti yang memerlukan.
TikTok (Malaysia)
@wearegoodera
Berpakat Bantu Masyarakat.
