19 Januari 2026 – Telah berlansung sesi pembungkusan Program Kembara Tengkujuh 2026 di Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Sebanyak 750 beg telah dibungkus sebagai persediaan untuk agihan di lokasi-lokasi terlibat yang akan datang.
Turut hadir pada hari ini ialah, Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Food Bank Malaysia, YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, Encik Johan bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, bersama sukarelawan PUSPANITA KPM dan warga kerja YFBM.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Setiap usaha kecil hari ini membawa harapan besar buat komuniti yang akan disantuni nanti.
Berpakat Bantu Masyarakat.








