SESI PEMBUNGKUSAN 480 BEG SUMBANGAN NESTLÉ MALAYSIA BERSAMA YAM TENGKU DATIN PADUKA SETIA ZATASHAH

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read
13 Oktober 2025 – Telah berlangsung sesi pembungkusan di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Nestlé Malaysia. Sebanyak 480 beg sumbangan produk Nestlé telah dibungkus untuk penerima yang terjejas akibat musim Monsun Timur Laut.

Daripada jumlah tersebut, 180 beg akan diagihkan kepada komuniti pulau melalui Program Susur Pulau, manakala 300 beg lagi akan disalurkan kepada penerima di bawah Program Kembara Tengkujuh.

Turut hadir bersama sesi pembungkusan adalah YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, YM Raja Nurmaria Murni, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestlé Malaysia, serta Encik Xolile White, Pengarah Eksekutif Bahagian Teknikal & Pengeluaran Nestlé Malaysia . Turut serta ialah sukarelawan Nestlé Sayang Komuniti Malaysia, sukarelawan YFBM, dan warga kerja YFBM sendiri.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAM Tengku Zatashah, Nestlé Malaysia, serta semua pihak yang terlibat atas sokongan, keprihatinan dan komitmen dalam memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Zatashah Idris
Nestlé (Malaysia)

Berpakat Bantu Masyarakat.


DONATE