SESI PEMBUNGKUSAN 300 BEG BANTUAN UNTUK PROGRAM SUSUR PULAU SUMBANGAN YAYASAN YARA

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read
14 Oktober 2025 – Telah berlangsung sesi pembungkusan di Pusat Pengedaran dan Pembungkusan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama para sukarelawan YFBM bagi persediaan Program Misi Bantuan Kemanusiaan Susur Pulau. Sebanyak 300 beg bantuan berisi barangan keperluan asas telah dibungkus dan akan disalurkan kepada komuniti yang memerlukan.
 
Susur Pulau merupakan inisiatif bantuan kemanusiaan ketika musim monsun timur laut, bertujuan membantu komuniti pulau yang terjejas serta memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh tersebut.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Yara atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. Bersama, kita terus membawa harapan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
 
@yayasanyara
 
Berpakat Bantu Masyarakat!
 

DONATE