Sesi Pembungkusan 1,000 Kotak RTEF Bersama Puspanita KPM & YFBM

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read

SESI PEMBUNGKUSAN READY TO EAT FOOD (RTEF) BERSAMA PUSPANITA KPM DI YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

30 Disember 2025 – Sesi Pembungkusan Ready to Eat Food (RTEF) melibatkan sebanyak 1000 kotak RTEF bersamaan 10 pallets. Ahli-ahli Puspanita Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama warga Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berganding bahu dalam sesi pembungkusan kali ini. Aktiviti ini bertujuan memastikan bantuan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Sebanyak kotak RTEF telah berjaya dibungkus untuk disalurkan kepada komuniti dan golongan terkesan melalui program bantuan YFBM. Usaha ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada Puspanita KPM dan semua sukarelawan yang telah meluangkan masa serta tenaga untuk menjayakan sesi ini. Bersama kita terus membantu mereka yang memerlukan!

Berpakat Bantu Masyarakat!

DONATE