17 November 2025 – Program Sesama Mara Box of Hope Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan lagi di Dewan JPKK Kg. Pandan Dalam, Ampang Jaya dengan seramai 150 penerima telah menerima manfaat set ‘Box of Hope’ dalam serahan kali ini.
Turut hadir bersama pada program kali ini ialah Ketua Wilayah Kuala Lumpur Air Selangor, Encik Ir. Ts. Tengku Mohd Safari, Pegawai Penyelaras kepada YB Dato Exco Infrastruktur dan Pertanian, Encik Ammar bin Izham, Ketua Pegawai Kewangan YFBM,Encik Azhar bin Ahmad serta kehadiran sukarelawan Hydro Heroes, AJK tempatan , warga kerja Yayasan Food Bank Malaysia dan penduduk kampung yang bersama-sama menjayakan program ini.
Jutaan terima kasih kepada penyumbang utama iaitu Pengurusan @airselangor dan @myvillagegrocer. Semoga jalinan kerjasama dan kolaborasi ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat!
