SESAMA MARA BOX OF HOPE AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

12 November 2025 – Program Sesama Mara Box of Hope Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan lagi di PPR Gombak Setia dengan 80 penerima dan Rumah Transit Kg Sg Kertas dengan 81 penerima. Seramai 161 penerima telah mendapat manfaat set ‘Box of Hope’ dalam serahan kali ini.

Turut hadir bersama pada program kali ini ialah Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia, Encik Haji Khair bin Nasaruddin, Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Transit Kg Sg Kertas, Puan Haslinda binti Daud, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor Binti Yahaya, serta kehadiran AJK tempatan , warga kerja Yayasan Food Bank Malaysia dan penduduk kampung yang bersama-sama menjayakan program ini.

Jutaan terima kasih kepada penyumbang utama iaitu Pengurusan Air Selangor dan Village Grocer. Semoga jalinan kerjasama dan kolaborasi ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.

Berpakat Bantu Masyarakat!

DONATE