KEMBARA MERDEKA 68 – SESI PEMBUNGKUSAN BERSAMA RPG COMMERCE

  • Post author:
  • Reading time:13 mins read

SESI PEMBUNGKUSAN KEMBARA MERDEKA 68 BERSAMA RPG COMMERCE

21 Ogos 2025 – Telah berlangsung sesi pembungkusan di Pusat Pengedaran dan Pembungkusan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama RPG Commerce bagi kempen Kembara Merdeka 68. Sebanyak 100 kotak bantuan barangan asas telah berjaya dibungkus dengan penuh semangat dan komitmen.

Bantuan ini akan diagihkan pada Sabtu ini kepada komuniti yang memerlukan, selaras dengan misi YFBM dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui usaha kemanusiaan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah mengeratkan lagi kerjasama antara YFBM dan RPG Commerce.

Terima kasih kepada pihak RPG Commerce atas sokongan dan penglibatan dalam menjayakan sesi pembungkusan ini. Bersama, kita terus membawa erti kemerdekaan dengan menyantuni mereka yang memerlukan.

@lifeatrpg
@shopmontigo

@oiyobymontigo

Berpakat Bantu Masyarakat! 🇲🇾 💚
 


DONATE