SESAMA MARA BOX OF HOPE AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA – SANTUNI KOMUNITI, SEMARAKKAN MERDEKA
19 Ogos 2025 – Program Sesama Mara Box of Hope bersama Pengurusan Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan lagi di Masjid Talhah bin Ubaidillah, Bukit Jalil, bagi menyantuni komuniti sekitar Bukit Jalil yang memerlukan bantuan makanan. Seramai 150 penerima telah menerima manfaat set ‘Box of Hope’ yang mengandungi barangan keperluan asas.
Bersempena dengan bulan Kemerdekaan, sesi ini turut diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik bersama para penerima, membangkitkan semangat kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air.
Turut hadir pada program ini ialah En. Johan bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia; Tuan Syed Rizakri bin Syed Mohamad Ridzuan, Pengurus Teknikal Wilayah Petaling, Air Selangor; serta Ustaz Wan Abdul Halim bin Md Yusoff, Ketua Imam merangkap Setiausaha AJK Masjid Talhah bin Ubaidillah, Klang. Kerjasama erat bersama Hydro Heroes Air Selangor, AJK Masjid Talhah bin Ubaidillah, kakitangan YFBM serta sukarelawan tempatan turut menjadikan program ini lebih bermakna dan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Air Selangor dan Village Grocer atas sumbangan yang berterusan demi kesejahteraan komuniti.