30 Ogos 2025 – Program Sesama Mara ‘Box of Hope’ bersama Pengurusan Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berlangsung di Surau An Nur, Sunway Kayangan. Seramai 100 penerima manfaat menerima sumbangan Box of Hope yang mengandungi barangan keperluan asas.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid. Program ini turut disokong oleh warga kerja YFBM, sukarelawan serta kerjasama AJK tempatan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Air Selangor dan Village Grocer atas sokongan berterusan. Semoga kerjasama ini terus membawa manfaat kepada masyarakat dan mengukuhkan semangat kebersamaan.
Berpakat Bantu Masyarakat!