11 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan sokongan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya menghantar bantuan Ready-To-Eat Food (RTEF) sumbangan CSR Zakat Tabung Haji ke Pangkalan Udara Kota Kinabalu, Sabah. Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir di negeri tersebut.
Sebanyak 7 palet makanan dan 1 palet ‘surplus’ makanan seberat 8 tan telah dihantar dan akan diagihkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah kepada komuniti yang terkesan. Serahan ini melibatkan kerjasama erat daripada wakil Tabung Haji Sabah, pasukan APM dari pelbagai daerah, serta kumpulan tempatan dan sukarelawan yang turut membantu dalam misi ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menyokong usaha ini. Bersama, kita meringankan beban mereka yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat!
HELP US