RIANG RIA RAMADAN RAYA DUNKIN’ X YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA – ‘SHOPPING’ RAYA DAN IFTAR BERSAMA RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

17 Mac 2024 – YFBM telah mengagihkan 100 set ‘Kindness Basket’ tajaan Dunkin’ Malaysia kepada penerima yang terdiri daripada anggota APM Tumpat dan penduduk tempatan di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan untuk program Riang Ria Ramadan Raya Dunkin’ X YFBM – Iftar & ‘Kindness Basket’ bersama APM Tumpat. Dunkin’ juga telah menaja juadah berbuka puasa pada program ini.

Program ini merupakan kolaborasi antara YFBM bersama Dunkin’ Malaysia di bawah kempen Riang Ria Ramadan Raya Dunkin’ yang sedang berlangsung dari 12 Mac sehingga 10 April 2024.

Turut hadir pada program ini ialah Yang Setia Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah APM Negeri Kelantan, Lt. Kol. (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin, Timb. Pengarah APM Negeri Kelantan dan Lt. Mohd Fuad Bin Ismail, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tumpat manakala YFBM pula diwakili oleh En. Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dunkin’ Malaysia. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.

Berpakat Bantu Masyarakat! 🇲🇾

 

Share our story!

Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need

Donate Now

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE