22 Mac 2024 – Semalam telah diadakan satu program kerjasama antara Rural Capital Berhad (RCB) bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Sahabat Jariah Malaysia (SJM) iaitu RCB Peduli Asnaf Bersama Masyarakat Orang Asli bertempat di Surau Al Muflihun, Kg. Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor.
Tujuan program ini adalah untuk menyantuni masyarakat Orang Asli terutamanya yang beragama Islam bagi sama-sama menghayati ibadah puasa. Aktiviti yang diadakan adalah memasak bubur lambuk dan juadah berbuka puasa, tazkirah, solat tarawih berjemaah dan agihan 50 set ‘Kindness Basket’ kepada asnaf di sini.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya sukarelawan daripada Rural Capital Berhad, YFBM dan Sahabat Jariah Malaysia.
Semoga program seumpama ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat Orang Asli di sini.
Berpakat Bantu Masyarakat!
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE