20–22 November 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), dengan sumbangan daripada HASiL Kedah, telah melaksanakan Program Susur Pulau 2025 di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting, Langkawi, bagi membantu keluarga yang tinggal di kawasan pulau terpencil. Sebanyak 300 keluarga telah menerima bantuan makanan asas dan keperluan harian.
Misi ini turut disokong oleh Persatuan Kebajikan Islam Hasil Dalam Negeri Malaysia (PERKIS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Bantuan telah disalurkan kepada empat lokasi utama berikut:
• Masjid Lubuk Cempedak – 85 keluarga
• Tuba Street – 145 keluarga
• Kampung Lubuk Etok – 14 keluarga (serahan & ziarah rumah ke rumah)
• Bulatan Kampung Selat Bagan Nyior – 56 keluarga
Selain agihan bantuan, program ini turut merangkumi Taklimat Percukaian Malaysia oleh HASiL Kedah serta Taklimat Keselamatan Laut oleh APMM bagi memberikan maklumat bermanfaat kepada penduduk pulau.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada HASiL Kedah, PERKIS, APMM, APM, AJK kampung serta seluruh komuniti tempatan atas sokongan dalam menjayakan misi ini. Semoga inisiatif ini terus meringankan beban keluarga yang memerlukan dan mengukir senyuman kepada komuniti setempat.
@LHDN Kedah
Berpakat Bantu Masyarakat.
