7 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Dunkin’ Malaysia telah menyantuni seramai 50 orang anak-anak daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakah melalui program membeli-belah pakaian Raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Program ini dilaksanakan hasil tajaan dan sokongan daripada pihak Dunkin’.
Program dimulakan dengan sesi membeli-belah pakaian Raya di AEON Maluri, di mana anak-anak ini berpeluang memilih sendiri busana Raya mengikut pilihan mereka. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan sesi iftar bersama, yang turut mengeratkan hubungan antara para penerima manfaat, sukarelawan dan pihak penganjur.
Semasa sesi iftar, pihak Dunkin’ Malaysia turut menyumbangkan donut serta duit raya kepada anak-anak Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakah bagi menambahkan lagi kegembiraan mereka dalam menyambut Aidilfitri.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dunkin’ Malaysia, para sukarelawan dan seluruh warga kerja YFBM atas komitmen dalam menjayakan inisiatif ini.
















