PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SALON BERGERAK ‘BEAUTY FOR A BETTER LIFE’ DI TAMAN IMPIAN EHSAN 3 & PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH
20 Disember 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meneruskan komitmen dalam memperkasakan individu melalui keyakinan diri di bawah program L’Oréal ‘Beauty For A Better Life’ (BFBL). Seramai 80 penerima manfaat telah menerima perkhidmatan dandanan profesional menerusi salon bergerak kami, yang terdiri daripada 50 penduduk di Taman Impian Ehsan 3, Kajang dan 30 penghuni di Pusat Jagaan Al-Fikrah Sekamat, Kajang.
Misi ini telah dijayakan oleh 8 juru kecantikan yang turun padang bagi memberikan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada komuniti yang memerlukan. Inisiatif ini bukan sekadar tentang penampilan, malah bertujuan memastikan akses kepada penjagaan kebersihan diri serta menyuntik rasa keyakinan diri dan keselesaan buat para penerima.
Program ini merupakan kolaborasi strategik antara Yayasan Food Bank Malaysia dan L’Oréal Malaysia, dengan sokongan penuh daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Kerjasama ini adalah manifestasi kepercayaan kami bahawa setiap lapisan masyarakat berhak mendapat penjagaan diri yang berkualiti sebagai sebahagian daripada pembangunan kendiri dan kesejahteraan hidup.
Semoga usaha ini memberi impak yang mendalam, memperkukuh kepercayaan masyarakat, serta memastikan bantuan yang berterusan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
