15 November 2025 – Telah berlangsung Program Pembangunan Komuniti Dunkin di Kg Cangkung, Sg Keniam, Pahang yang bertujuan membantu mencerahkan kehidupan komuniti setempat. Seramai 25 keluarga di Kg Cangkung telah menerima set barangan keperluan rumah yang merangkumi gas dapur, rak serbaguna untuk pakaian, rak pinggan, langsir, dan barangan lain bagi meningkatkan kualiti kehidupan rumah mereka.
Turut bersama dalam program ini adalah para pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang, yang membantu melancarkan aktiviti sepanjang hari.
Terima kasih kepada Dunkin Malaysia atas sumbangan bermakna ini, sukarelawan dari FSR UiTM Cawangan Pahang, sukarelawan YFBM, serta komuniti Orang Asli suku kaum Bateq di Kg Cangkung atas kerjasama dan semangat yang ditunjukkan.
