6 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama CIMB Foundation telah menyantuni seramai 20 orang anak-anak dari Pondok Mahfuzah untuk sesi membeli-belah pakaian Raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Program ini dapat dilaksanakan melalui tajaan dan sumbangan daripada pihak CIMB Foundation.
Aktiviti yang disertai oleh pasukan YFBM dan para sukarelawan ini dimulakan dengan sesi iftar di Dapple Fried Chicken dan sesi membeli-belah diteruskan di Pusat Membeli Belah Hari-Hari Batang Kali, di mana anak-anak ini berpeluang memilih sendiri busana kegemaran mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CIMB Foundation, barisan sukarelawan, serta seluruh warga kerja YFBM yang komited menjayakan inisiatif ini. Semoga keprihatinan yang dikongsi pada Ramadan ini membawa sinar kegembiraan dan memori indah buat anak-anak Pondok Mahfuzah dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.
@cimbfoundation










