PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025
17 Julai 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin kini diteruskan lagi dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, bantuan telah disalurkan kepada satu lokasi iaitu PPR Raya Permai dengan 100 penerima di Surau Jumaat As-Sobirin. Program kali ini juga diadakan saringan kesihatan dengan kerjasama Klinik As – Salam.
Inisiatif ini diteruskan hasil kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA) untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan di Wilayah Persekutuan. Tahun ini, program ini turut diperluas dengan pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
Turut hadir memeriahkan program kali ini Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Seputeh, Puan Norrol Ashikin binti Md Sharif dan barisan pengurusan PAZA MAIWP, Penolong Pengurus Operasi YFBM, Encik Adam bin Roslan serta ajk tempatan di PPR Raya Permai dan warga kerja YFBM.
Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 22 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan, AJK tempatan, komuniti setempat serta warga kerja YFBM yang bertungkus lumus menjayakan program ini.|
Berpakat Bantu Masyarakat!