PROGRAM KEMBARA TENGKUJUH YFBM BERSAMA TIKTOK MALAYSIA 2025
27–29 November 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), dengan sumbangan dari TikTok Malaysia, telah menyantuni komuniti di sekitar Gerik, Perak menerusi Program Kembara Tengkujuh 2025. Misi ini dijalankan bagi menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada 380 Ketua Isi Rumah (KIR) yang tinggal di kawasan pedalaman dan berisiko terjejas ketika musim tengkujuh.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, pasukan sukarelawan telah bergerak ke beberapa lokasi mencabar untuk memastikan bantuan sampai terus ke tangan penerima. Program ini bukan sahaja melibatkan agihan makanan, malah turut menyertakan sesi ziarah serta penyerahan sumbangan kepada surau-surau tempatan.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, pasukan sukarelawan telah bergerak ke pelbagai lokasi mencabar untuk memastikan bantuan sampai terus ke tangan penerima. Bantuan telah diagihkan secara terperinci kepada komuniti di lokasi-lokasi berikut:
- RPS Air Bah – 74 keluarga
- Kawasan Lawin:
- RPS Dala:
- Kg Bukit Asu – 56 Keluarga
- Kawasan Tasik Banding/Temenggor:
