12 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia bersama Dunkin’ Malaysia telah mengedarkan 1,500 bubur lambuk, bersama donut dan kurma untuk berbuka puasa di tiga lokasi terlibat iaitu MRT Ampang Park, MRT Taman Jaya, dan Terminal ERL Putrajaya. YFBM turut mengagihkan sumbangan bubur lambuk kepada beberapa buah agensi terlibat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(BOMBA), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Anggota SMART dan Penduduk di Flat Taman Impian Ehsan 3 turut mendapat manfaat dari program ini.
Inisiatif Semarakkan Ramadan Bersama Dunkin’, bertujuan menyemarakkan semangat berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan. Persiapan dan agihan ini turut dibantu agensi terlibat yang bersama-sama menjayakan program ini dengan penuh semangat kemasyarakatan. Usaha ini bukan sekadar menyantuni mereka yang berpuasa, tetapi juga mengeratkan hubungan dalam komuniti.
HELP US