PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read
 

12 Oktober 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PPR Wangsa Sari dengan 100 penerima di Dewan Serbaguna PPR Wangsa Sari.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Wangsa Maju, Encik Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Wangsa Sari, Puan Noormah binti Shamsuddin serta AJK tempatan, sukarelawan dan warga kerja YFBM.

Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 11 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.

YFBM mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan program ini.

Berpakat Bantu Masyarakat!

DONATE